08 February, 2009

Tugasan ke2: Penggunaan Multimedia dalam bidang Pendidikan.


Teknologi baru seperti multimedia berasaskan komputer boleh menjadikan proses pendidikan menjadi suatu pengalaman yang menyeronokkan. selain itu, guru-guru dan pelajar tidak terikat dengan pembelajaran yang konvensional dan mereka boleh meneroka ke dunia baru dan berinteraksi dengan negara lain dalam multimedia. Mutimedia merupakan satu teknologi baru dan satu pilihan dalam menyampaikan maklumat. Satu contoh yang baik adalah penggunaan multimedia di dalam bilik darjah. menurut kajian, pembelajaran di dalam bilik darjah adalah lebih bagus dan mudah untuk diterima ilmunya oleh pelajar dengan apa yang disampaikan oleh guru. Mereka lebih khusuk dan memberi perhatian kepada apa yang dipelajari.

Penggunaan Multimedia boleh dimamfaatkan dalam beberapa aspek dalam bilik darjah seperti:
1) Pembelajaran berbentuk berkomputer.
2) Sebagai sumber maklumat dan pangkalan data.
3) Bahan aktiviti pengajaran pembelajaran sebagai alat bantu mengajar.

Dewasa ini, negara yang menguasai teknologi maklumjat akan menjadi negara yang maju. Bagi merealisasikan perkembangan ini negara kita juga tidak mahu ketinggalan untuk menguasai era teknologi maklumat. Bagi merintis ke era dunia siber dan agar tercapainya Wawasan 2020 adalah menjadi satu kewajiban kementerian Pendidikan untuk melahirkan pakar-pakar dalam bidang teknologi maklumat.

No comments:

Post a Comment