06 February, 2009

Assalammualaikum dan salam perkenalan...

Mulanya sekali,saya ingin meminta maaf banyak-banyak kepada Pn.Nurin iaitu pensyarah saya untuk kelas MEDIA INTEGRATIF ini, kerana atas kesilapan saya sendiri yang telah menyebabkan kiriman untuk tugasan pertama yang saya hantar pada 6 Januari lalu terpadam.

Dan kini saya terpaksa memulakan perkenalan saya semula...
saya Zalina bt. Jonit. Berumur 23tahun pada 23 April ini. Saya juga seorang anak kelahiran peneroka dari Jengka Pahang. Kedua ibu bapa saya berasal dari Melaka dan berhijrah di Pahang untuk menjadi Peneroka. Saya anak ke8 daripada 9 adik beradik.
Saya bangga dengan kekentalan ibu dan arwah bapa saya kerana telah berjaya membesarkan kami 9orang anaknya dan hasilnya kini kami semua berjaya menjadi insan dan juga manusia yang berjaya...huhu..saya dan adik saya tidak boleh dikatakan berjaya lagi kerana kami masih menuntut di IPTA. Saya mengambil bidang komunikasi dan major saya adalah komunikasi organisasi. Hobi saya adalah lebih kepada bidang Fotografi. Saya mempunyai koleksi pelbagai jenis gambar dari pelbagai jenis 'angle'. Saya turut menjadikan hobi saya sebagai sumber pendapatan tambahan dengan mengambil upah untuk menangkap gambar perkahwinan. Saya dan seorang rakan saya aktif dengan kerjaya kami di sekitar negeri Perlis http://nazfotopage.fotopages.com

Dan semesta ini merupakan sem terakhir saya di UUM ini. Saya juga amat teruja untuk mengikuti kelas Media Intergratif ini. Niat saya bukan untuk mengikutinya sebagai syarat wajib kursus semata-mata namun, ia lebih kepada benda baru yang bakal saya pelajari contohnya seperti pembuatan dan aplikasi Blog ini. Perancangan akan datang saya InsyaALLAH, Saya berhajat nak sambung pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang yang sama. Namun, semua itu bergantung kepada rezeki.
sekian.

No comments:

Post a Comment