29 March, 2009

TUGASAN 4: Pemahaman mengenai grafik.

Grafik adalah gambar pegun, imej ataupun 'Stiil Picture', Foto, dan Visual. Pada pemahaman saya, gambar merupakan elemen Multimedia yang mempunyai seribu satu pengertian walaupun ianya hanyalah sebuah gambar pegun. Apabila gambar diselitkan di dalam sebuah Teks dan sebagainya ianya mampu memberikan pemahaman yang jelas kepada pembaca dan orang yang melihatnya. Terdapat 4 jenis format gambar iaitu Bitmap, Jpeg, Gift, dan Tift.

Apabila digabungkan dengan kesemua elemen Multimedia (TEKS,GRAFIK,AUDIO,VIDEO dan ANIMASI) maka terhasil lah satu komponen lengkap Multimedia. Di mana di dalam sesebuah karya ataupun penghasilan video contohnya terdapat hasil penggabungan kesemua elemen ini.

Pemahaman mengenai Video.

Video adalah merupakan imej bergerak ataupun gambar bergerak. selain itu, Video juga turut dikenali sebagai skrin ataupun layar. Video ini dicipta menggunakan peralatan teknologi yang mampu merakam pergerakan objek. Walau bagaimanapun, kualiti video bergantung juga pada jenis rakaman yang dilakukan keatas video dan juga jenis simpanan yang dibuat terhadap video terbabit. Format Video pula adalah Beta (Paling berat dan asli,boleh dimainkan di TV dan Wayang sahaja), MP4 (Paling ringan dan kecerahannya kuat), MPEG dan AVI. Kini, telah muncul 2 jenis format video yang terbaru iaitu 3GP dan FLV (Video yang dimuat turun daripada YOUTUBE). Rakan-rakan boleh pelajari bagaimana melakukan penggabungan elemen Multimedia dari Animasi, Audio dan Video melalui laman web ini : http://www.flashdesignerzone.com/tutorials/t1090.php

Pemahaman mengenai Audio.

Audio adalah lebih dikenali sebagai bunyi. Terdapat 3 jenis Audio yang diguna pakai yang pertama adalah WAV (bunyi yang asli dan berat), Mp3 (Audio yang ringkas), dan yang terakhir adalah Midi (Polifonik-seperti bunyi nada dering pada telefon bimbit jenis Nokia 3310,3315 dan sebagainya). Rakan-rakan boleh melawati laman web ini untuk mempelajari cara bagaimana mempelajari pembuatan design gabungan Animasi dan Mp3 : http://www.flashdesignerzone.com/tutorials/t1061.php

Pemahaman mengenai Animasi.

Animasi adalah merupakan salah satu elemen dalam Multimedia. Animasi ini adalah Imej rekaan atau reka cipta yang dilakukan oleh kita untuk membentuk sesuatu rupa bentuk. Di dalam animasi juga terdapat gabungan elemen multimedia yang lain seperti Audio, Visual dan Grafik. Kita boleh menggunakan installer seperti Xara, Flash dan sebagainya untuk membina Animasi. Animasi ini adalah gambar atau pun objek yang di cipta yang mempunyai pergerakkan yang sama dan berulang mengikut kesesuaian ciptaan.Walau bagaimanapun, latar belakang objek iaitu Frame tidak berubah dan bergerak hanyalah objek sahaja. Apabila pergerakan yang dihasilkan terlalu banyak maka, bilangan frame yang berbeza juga akan bertambah. Segala pemahaman tambahan dan contoh mengenai Animasi, rakan-rakan boleh melawati laman web ini : http://www.flashdesignerzone.com/tutorials/

08 February, 2009

Typeface...






Ini adalah contoh elemen teks yang telah digunakan untuk tujuan tertentu antaranya adalah digunakan untuk keselamatan,pemasaran, dan juga untuk promosi menarik perhatian orang ramai...

Tugasan ke2: Penggunaan Multimedia dalam bidang Pendidikan.


Teknologi baru seperti multimedia berasaskan komputer boleh menjadikan proses pendidikan menjadi suatu pengalaman yang menyeronokkan. selain itu, guru-guru dan pelajar tidak terikat dengan pembelajaran yang konvensional dan mereka boleh meneroka ke dunia baru dan berinteraksi dengan negara lain dalam multimedia. Mutimedia merupakan satu teknologi baru dan satu pilihan dalam menyampaikan maklumat. Satu contoh yang baik adalah penggunaan multimedia di dalam bilik darjah. menurut kajian, pembelajaran di dalam bilik darjah adalah lebih bagus dan mudah untuk diterima ilmunya oleh pelajar dengan apa yang disampaikan oleh guru. Mereka lebih khusuk dan memberi perhatian kepada apa yang dipelajari.

Penggunaan Multimedia boleh dimamfaatkan dalam beberapa aspek dalam bilik darjah seperti:
1) Pembelajaran berbentuk berkomputer.
2) Sebagai sumber maklumat dan pangkalan data.
3) Bahan aktiviti pengajaran pembelajaran sebagai alat bantu mengajar.

Dewasa ini, negara yang menguasai teknologi maklumjat akan menjadi negara yang maju. Bagi merealisasikan perkembangan ini negara kita juga tidak mahu ketinggalan untuk menguasai era teknologi maklumat. Bagi merintis ke era dunia siber dan agar tercapainya Wawasan 2020 adalah menjadi satu kewajiban kementerian Pendidikan untuk melahirkan pakar-pakar dalam bidang teknologi maklumat.

06 February, 2009

tugasan ke3....




















Disini saya melampirkan tugasan ke3 saya iaitu perbezaan 5 jenis Typeface.